Monday, April 23, 2012

love story 2

Couple?? Omg, sukar untuk mempercayai aku sudah beberapa kali kecewa dan terlalu sakit untuk meneruskan beberapa hubungan sebelum ini. Namun dia sangat berlainan. Dia terlalu open-minded, sekiranya berlaku permasalahan tentang kami dia terus untuk membicarakan permasalahan tersebut. Pada mulanya bahagia, namun hati siapa tidak cemburu bekas kekasih masih berlegar-legar diruang minda. Namun, aku redha sekiranya dia mahu kembali dengan kekasihnya itu kerana aku masih baru bersamanya. Disaat aku melangkah keluar dari kereta dia memegang erat tangan ku, dia berharap agar aku tidak akan pernah untuk meninggalkan dia, kerana dia hanya untukku. Dia telah menyerahkan segala-galanya padaku. Dia tidak akan pernah kembali kepada disana. Dia hanya menenangkan hati seorang wanita yang pernah dilukainya. Hanya dia yang memahami keadaan wanita tersebut. Dia bersungguh-sungguh untuk menikahi aku dengan secepat yang mungkin, namun aku masih banyak yang perlu diuruskan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Masih banyak tanggungjawab yang perlu aku pegang yang tidak mungkin akan aku lepaskan begitu saja. Perkahwinan?? Aku dan dia mahukan sekadar yang melengkapi impian kedua-dua belah pihak. Namun, persediaan awal mungkin akan dilakukan. Masih muda kan untuk berkahwin? Namun dia bertegas agar kami bebas dari sebarang maksiat yang mampu mendorong perkara-perkara buruk. Dia sentiasa membawa aku kesana- kemari, tidak manis tanpa sebarang ikatan. Dia juga risaukan tumpuan yang ada pada diriku ini. Kemana saja pergi pasti ada mata memandang. Dia segan dari segala aspek dan paras rupa aku jika dibandingkan dia. aku bukanlah jenis memilih, sekadar cukup melengkapi diri. Aku memilih dia kerana dia memahami keadaan susah dan senang.